southbreed_86@yahoo.com



Sunday, July 12, 2009

TERNAKAN BIRI-BIRI



Ternakan biri-biri boleh dikatakan masih baru kerana tidak terdapat penternak yang mengusahakannya secara komersial berbanding kambing.

Justeru, kerajaan telah memberikan keutamaan untuk mempertingkatkan industri daging kambing dan biri-biri untuk mengurangkan pergantungan kepada daging import.

Pada tahun 2005, bekalan daging kambing dan biri-biri import di pasaran tempatan melebihi 15,000 tan metrik atau 92.6 peratus daripada bekalan keseluruhan.

Populasi biri-biri tempatan dianggarkan berjumlah 115,500 ekor dan jumlah ini akan mempengaruhi pembangunan industri biri-biri negara.

Industri biri-biri boleh dikatakan masih di peringkat 'bayi' walaupun ternakan biri-biri sudah lama bertapak di sini.

Selama ini ternakan biri-biri dijalankan secara tradisional.

Walaupun baka seperti Dorset, Wiltshire horn, Suffolk dan biri-biri rerambut seperti Bali-Bali, Barbados Black Belly dan St. Ines dibawa masuk sejak 20 tahun lalu bagi meningkat prestasi biri-biri tempatan atau Malin tetapi baka yang dibentuk tidak pernah stabil.

Antara penyebab kelembapan industri biri-biri di negara ini adalah kekurangan baka berkualiti dan subur.

Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mohmad Mustafa berkata, biri-biri Dorper yang berasal dari Afrika Selatan merupakan baka baru yang berpotensi diternak di negara ini.

"MARDI telah mula membawa masuk baka Dorper dari Afrika Selatan sejak tahun 2006 bagi penilaian sebagai baka pejantan (terminal meat sire breed) untuk dikacukkan dengan biri-biri betina tempatan.

"Biri-biri Dorper yang dibawa masuk ditempatkan dalam ladang integrasi kelapa di stesen MARDI, Sungai Baging, Kuantan, Pahang," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.

Kali kedua pada Julai tahun lalu, MARDI membawa masuk 220 ekor baka Dorper tulen dari Afrika Selatan.

Sebanyak 200 ekor betina dan 20 ekor jantan dibawa masuk bagi meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan MARDI untuk mengkaji kesesuaian baka dalam iklim dan persekitaran tempatan bertujuan penggandaan baka tulen dan kacukan dengan biri-biri tempatan.

Hasil kajian awal mendapati 150 ekor anak dilahirkan daripada baka pejantan Dorper yang dihasilkan di Sungai Baging telah menunjukkan pertambahan kadar tumbesaran lebih 30 peratus jika dibandingkan dengan anak biri-biri dari baka kacukan lain.

Dr. Mohmad berkata, sehingga kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mula menternak biri-biri Dorper di beberapa buah ladang di Johor.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, baka biri-biri Dorper adalah setanding dengan kambing Boer.

''Jika kambing Boer sesuai dengan pelbagai jenis cuaca, biri-biri Dorper mempunyai ciri-ciri yang sama.

"Maklumat mendapati sejumlah lima juta biri-biri Dorper diternak di Afrika Selatan dan banyak negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan Eropah telah mengimport baka tersebut untuk dibiakkan di tempat mereka," katanya.

Dr. Mohmad menjelaskan, negara mengimport banyak daging biri-biri berbanding kambing. Ini kerana orang ramai tidak tahu membezakan antara daging kambing dan biri-biri.

WHITE DOPPER
BARBADOS
Beza

"Daging kambing dikenali sebagai adalah chevon, manakala biri-biri adalah mutton dan biri-biri muda berusia empat bulan adalah lamb," jelas beliau.

Beza antara chevon dan mutton adalah kandungan kolestrolnya.

Walaupun kandungan kolestrol dalam biri-biri lebih tinggi berbanding kambing tetapi kajian menunjukkan mutton mengandungi lebih banyak kolestrol berbanding lamb.

Dr. Mohmad berkata, biasanya berat badan biri-biri Dorper antara 30 hingga 40 kilogram (kg) ketika berumur enam hingga lapan bulan belum mengumpulkan lemak yang tinggi berbanding biri-biri import.

Baka biri-biri Dorper dibawa masuk bagi memenuhi keperluan penternak di Pantai Timur.

Baka tempatan bermutu rendah dengan dewasa hanya mencapai berat badan 20 hingga 25 kg dalam masa dua tahun.

Manakala baka Dorper tulen pula boleh mencapai berat 30 hingga 35 kg hanya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

"Kambing Boer dengan pengurusan yang teratur dan makanan berkualiti boleh mencapai berat badan antara 25 hingga 30 kg dalam masa tiga atau empat bulan," katanya..

Seperti kambing Boer, biri-biri Dorper jenis rerambut dipilih kerana tidak menghadapi masalah ketegasan dan sesuai dengan keadaan lembap di negara ini.

Pengenalan baka biri-biri Dorper, kata Dr. Mohmad amat diperlukan memandangkan industri ternakan telah memberi sumbangan besar dalam pengeluaran makanan negara dengan jumlah RM5.729 billion.

Industri penternakan bukan ruminan seperti unggas telah menyumbang 94 peratus atau RM5.4 billion sementara sektor ruminan hanya enam peratus atau RM0.329 billion.

"Keperluan daging ruminan akan terus meningkat tahun demi tahun dan pergantungan kepada import perlu dikurangkan," katanya.

Justeru agensi kerajaan dan swasta perlu berganding bahu dalam mewujudkan satu sistem pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan tempatan dalam masa terdekat.

Industri ternakan ruminan perlu diteruskan dengan penumpuan kepada meningkatkan populasi pembiak.

Industri berkenaan perlu berkembang secara lebih agresif, sistematik serta moden dengan sekala komersial.

Friday, June 19, 2009

KENALI UBAT PENYAKIT KAMBING,,,

Ternakan merupakan makhluk hidup yang perlu makan dan minum untuk hidup..Ada kalanya, mereka juga akan sakit..Seperti manusia, ternakan juga memerlukan vaksin atau pun ubat. Cacing, pneumonia, cirit birit (terutamanya anak kambing) dan sebagainya mesti dikawal dengan sebaiknya, Sebelum mencari ubat, eloklah kita berbincang dengan veterinarwan di pusat perkhidmatan haiwan. Merawat penyakit tidak seperti membaiki basikal. Walaupun satu ubat adalah pilihan terbaik untuk merawat kambing yang sakit untuk satu situasi, ubat yang sama mungkin bukan pilihan terbaik untuk situasi lain. Mencegah penyakit adalah pilihan terbaik terutama jika penyakit boleh dicegah dengan vaksin.

Ada beberapa jenis ubat yang mana mengikut saranan beberapa Pegawai Veterinar perlu ada di setiap kandang sama ada kecil atau berskala sederhana dan besar..anda juga ubatan dan vaksin yang beri secara oral, ada secara sapuan dan ada juga yg. secara injection.





DIANTARANYA JENIS2 UBAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:-




Ubat antibiotik "broad spectrum"

Ubat antibiotik "broad spectrum" yang perlu ada di kandang ternakan..Boleh digunakan untuk pelbagai jenis penyakit seperti radang paru-paru, selsema, batuk, masalah dalaman yang tak dapat dikenal pasti dan pelbagai jenis penyakit lagi...Penggunaannya dengan cara suntikan di otot dan juga di bawah kulit..Kebiasaan diberikan dengan nisbah 1 ml untuk 10 kilogram.




Dectomex (Doramex)

Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk kambing


Pink Eye Spray

Digunakan untuk merawat mata ternakan yang bermasalah..Penggunaanya ialah dengan cara semburan di mata ternakan dan kekerapan bergantung kepada penyakit tersebut..Biasanya digunakan kepada kambing yang mengalami masalah mata seperti kekaburan, keputihan mata, mata tak boleh buka dan macam-macam lagi masalah yang melibatkan mata..



Iodine Spray

Digunakan untuk ternakan yang mengalami luka dan juga pendarahan luaran..Boleh juga digunakan untuk menghindar dan juga membunuh ulat lalat (maggot)..Biasa digunakan sebagai rawatan awal bagi mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk akibat maggot..Penggunaan dengan cara semburan ke tempat yang luka dan kekerapan bergantung kepada luka tersebut




Neo-Tm
Kuasa tambahan hasil campuran terramycin dan neomycin,,bersama dengan 8 jenis vitamin adalah sesuai untuk rawatan dan pencegahan penyakit system pernafasan,,cirit birit,keadaan tegang dan lain2..biasa digunakan apabila binatang tersebut di berpindah kandang@tempat,,

Sunday, June 14, 2009

ISTIMEWA DENGAN HARGA MAMPU MILIK???

Fullblood Does Harga Dari RM2100 nego..! * Dorper Ewes Stud Harga Dari RM2500
* Dorper Ewes Cross Harga Dari RM1500
Young Buck Stud Bloodline
Snake/Fairfax Harga Dari RM1700
Fullblood Buck Registed Harga Dari RM2500 nego..!* Dorper Stud Harga Dari RM3300 * Dorper Ram Harga Dari RM2600/F2 Harga F1Dari RM730 nego..!
F3/F4 Harga Dari RM950 nego..!

F5/F6 Harga Dari RM1050 nego..!Stud Buck Snake/Fair-fax Bloodline 8-12 Bulan RM3100

Wednesday, June 3, 2009

MEH2 LA KITE LEK2 NGOK BARANG BEK CKET JERR...

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,beri la komen pas ngok pic ni hrge leh runding murah2 jerr...
mcm ni hrga permulaan Rm120.00
agak ok ke x nie..

Thursday, April 16, 2009

KELEBIHAN KAMBING SAANEN



Kambing Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature). Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.
Berat lahir adalah
3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina)
sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina).
Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 2- 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.
KHASIAT SUSU KAMBING
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
a. Penyakit deman kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. penyakit darah tinggi/pening2.
d. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.
Biasanya penternak penternak memerah susu diwaktu pagi selepas memberi makanan dan membersihkan kandang. Susu susu yang diperah tadi dimasokkan dalam botol pelastik yang telah di sediakan. Susu yang telah dibotolkan secara manual dijual dengan kadar RM 12.00 hingga RM 14.00 sekilo. Pendapatan sebegini sudah cukup untuk menampung kos pembelian makanan dedak dan hampas soya.
Ciri-ciri Saanen
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.0 kg Jantan 68-91 kg
Betina 3.3 kg Betina 36-63 kg
Berbulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titikhitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
Ekornya tipis dan pendek.
Tanduk pada kedua jantina
Kekacang di leher

Saturday, April 11, 2009

LINE BREADING:
Pembiakan di antara subspesis yang sama..Contohnya boer dengan boer

CROSS BREADING:
Pembiakan di antara subspesis yang berlainan..Contonya boer dengan kambing kampong,,jamnapari atau saanen dll.

INBREADING:
Pembiakan di dalam keluarga yang sama..Contohnya pejantan dengan anak betina atau di antara adik-beradik.

Thursday, April 9, 2009

TERMA FULL BLOOD, PURE BRED DAN KACUKAN

Berdasarkan piawaian baka oleh Boer Goat Breeder`s Association of South Afrika, cirri-ciri boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/ merah di bahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan..Boer adalah binatang yang kuat Dn mantap, konformasi badan yang baik..kakinya pendek, tegap, berotot.. Ianya jelas menggambarkan cirri-ciri kambing daging yang baik..

Sementara TERMA ANTARA FULL BLOOD, PURE BLOOD, KACUKAN

Full Blood:
Merujuk kepada haiwan yang 1o0% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain..Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan-badan/institusi yang diiktiraf..Ciri-ciri fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan samada kambing yang dipilih adalah benar-benar “Full Blood”….

Pure-Bred:
Merujuk kepada haiwan yang mempunyai lebih 85% darah dari baka tulen..Masih mengekalkan kebanyakan cirri-ciri fizikal dari baka tulen..Amat sukar untuk membezakan antara baka FULL BLOOD dan PURE-BRED tetapi cirri-ciri seperti warna bulu, lengkungan tanduk telinga boleh digunakan untuk membezakan….

Kacukan:
Kedua-dua cirri dari induk jantan dan betina berlainan baka dapat dilihat pada anak yang lahir
Maklumat lanjut tentang pendarahan Boer adalah seperti berikut:-

F1 mengandungi 5o% pendarahan boer
F2 mengandungi 75% pendarahan boer
F3 mengandungi 87.5% pendarahan boer
F4 mengandungi 93.75% pendarahan boer
F5 mengandungi 96.87% pendarahan boer