southbreed_86@yahoo.com



Sunday, July 12, 2009

TERNAKAN BIRI-BIRI



Ternakan biri-biri boleh dikatakan masih baru kerana tidak terdapat penternak yang mengusahakannya secara komersial berbanding kambing.

Justeru, kerajaan telah memberikan keutamaan untuk mempertingkatkan industri daging kambing dan biri-biri untuk mengurangkan pergantungan kepada daging import.

Pada tahun 2005, bekalan daging kambing dan biri-biri import di pasaran tempatan melebihi 15,000 tan metrik atau 92.6 peratus daripada bekalan keseluruhan.

Populasi biri-biri tempatan dianggarkan berjumlah 115,500 ekor dan jumlah ini akan mempengaruhi pembangunan industri biri-biri negara.

Industri biri-biri boleh dikatakan masih di peringkat 'bayi' walaupun ternakan biri-biri sudah lama bertapak di sini.

Selama ini ternakan biri-biri dijalankan secara tradisional.

Walaupun baka seperti Dorset, Wiltshire horn, Suffolk dan biri-biri rerambut seperti Bali-Bali, Barbados Black Belly dan St. Ines dibawa masuk sejak 20 tahun lalu bagi meningkat prestasi biri-biri tempatan atau Malin tetapi baka yang dibentuk tidak pernah stabil.

Antara penyebab kelembapan industri biri-biri di negara ini adalah kekurangan baka berkualiti dan subur.

Pegawai Penyelidik Prinsipal Kanan, Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Mohmad Mustafa berkata, biri-biri Dorper yang berasal dari Afrika Selatan merupakan baka baru yang berpotensi diternak di negara ini.

"MARDI telah mula membawa masuk baka Dorper dari Afrika Selatan sejak tahun 2006 bagi penilaian sebagai baka pejantan (terminal meat sire breed) untuk dikacukkan dengan biri-biri betina tempatan.

"Biri-biri Dorper yang dibawa masuk ditempatkan dalam ladang integrasi kelapa di stesen MARDI, Sungai Baging, Kuantan, Pahang," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Serdang, Selangor.

Kali kedua pada Julai tahun lalu, MARDI membawa masuk 220 ekor baka Dorper tulen dari Afrika Selatan.

Sebanyak 200 ekor betina dan 20 ekor jantan dibawa masuk bagi meneruskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dijalankan MARDI untuk mengkaji kesesuaian baka dalam iklim dan persekitaran tempatan bertujuan penggandaan baka tulen dan kacukan dengan biri-biri tempatan.

Hasil kajian awal mendapati 150 ekor anak dilahirkan daripada baka pejantan Dorper yang dihasilkan di Sungai Baging telah menunjukkan pertambahan kadar tumbesaran lebih 30 peratus jika dibandingkan dengan anak biri-biri dari baka kacukan lain.

Dr. Mohmad berkata, sehingga kini Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) telah mula menternak biri-biri Dorper di beberapa buah ladang di Johor.

Berdasarkan kajian yang dijalankan, baka biri-biri Dorper adalah setanding dengan kambing Boer.

''Jika kambing Boer sesuai dengan pelbagai jenis cuaca, biri-biri Dorper mempunyai ciri-ciri yang sama.

"Maklumat mendapati sejumlah lima juta biri-biri Dorper diternak di Afrika Selatan dan banyak negara seperti Australia, Amerika Syarikat dan Eropah telah mengimport baka tersebut untuk dibiakkan di tempat mereka," katanya.

Dr. Mohmad menjelaskan, negara mengimport banyak daging biri-biri berbanding kambing. Ini kerana orang ramai tidak tahu membezakan antara daging kambing dan biri-biri.

WHITE DOPPER
BARBADOS
Beza

"Daging kambing dikenali sebagai adalah chevon, manakala biri-biri adalah mutton dan biri-biri muda berusia empat bulan adalah lamb," jelas beliau.

Beza antara chevon dan mutton adalah kandungan kolestrolnya.

Walaupun kandungan kolestrol dalam biri-biri lebih tinggi berbanding kambing tetapi kajian menunjukkan mutton mengandungi lebih banyak kolestrol berbanding lamb.

Dr. Mohmad berkata, biasanya berat badan biri-biri Dorper antara 30 hingga 40 kilogram (kg) ketika berumur enam hingga lapan bulan belum mengumpulkan lemak yang tinggi berbanding biri-biri import.

Baka biri-biri Dorper dibawa masuk bagi memenuhi keperluan penternak di Pantai Timur.

Baka tempatan bermutu rendah dengan dewasa hanya mencapai berat badan 20 hingga 25 kg dalam masa dua tahun.

Manakala baka Dorper tulen pula boleh mencapai berat 30 hingga 35 kg hanya dalam tempoh tiga hingga empat bulan.

"Kambing Boer dengan pengurusan yang teratur dan makanan berkualiti boleh mencapai berat badan antara 25 hingga 30 kg dalam masa tiga atau empat bulan," katanya..

Seperti kambing Boer, biri-biri Dorper jenis rerambut dipilih kerana tidak menghadapi masalah ketegasan dan sesuai dengan keadaan lembap di negara ini.

Pengenalan baka biri-biri Dorper, kata Dr. Mohmad amat diperlukan memandangkan industri ternakan telah memberi sumbangan besar dalam pengeluaran makanan negara dengan jumlah RM5.729 billion.

Industri penternakan bukan ruminan seperti unggas telah menyumbang 94 peratus atau RM5.4 billion sementara sektor ruminan hanya enam peratus atau RM0.329 billion.

"Keperluan daging ruminan akan terus meningkat tahun demi tahun dan pergantungan kepada import perlu dikurangkan," katanya.

Justeru agensi kerajaan dan swasta perlu berganding bahu dalam mewujudkan satu sistem pengeluaran yang produktif dan berdaya maju bagi meningkatkan bekalan tempatan dalam masa terdekat.

Industri ternakan ruminan perlu diteruskan dengan penumpuan kepada meningkatkan populasi pembiak.

Industri berkenaan perlu berkembang secara lebih agresif, sistematik serta moden dengan sekala komersial.

Friday, June 19, 2009

KENALI UBAT PENYAKIT KAMBING,,,

Ternakan merupakan makhluk hidup yang perlu makan dan minum untuk hidup..Ada kalanya, mereka juga akan sakit..Seperti manusia, ternakan juga memerlukan vaksin atau pun ubat. Cacing, pneumonia, cirit birit (terutamanya anak kambing) dan sebagainya mesti dikawal dengan sebaiknya, Sebelum mencari ubat, eloklah kita berbincang dengan veterinarwan di pusat perkhidmatan haiwan. Merawat penyakit tidak seperti membaiki basikal. Walaupun satu ubat adalah pilihan terbaik untuk merawat kambing yang sakit untuk satu situasi, ubat yang sama mungkin bukan pilihan terbaik untuk situasi lain. Mencegah penyakit adalah pilihan terbaik terutama jika penyakit boleh dicegah dengan vaksin.

Ada beberapa jenis ubat yang mana mengikut saranan beberapa Pegawai Veterinar perlu ada di setiap kandang sama ada kecil atau berskala sederhana dan besar..anda juga ubatan dan vaksin yang beri secara oral, ada secara sapuan dan ada juga yg. secara injection.





DIANTARANYA JENIS2 UBAT ADALAH SEPERTI BERIKUT:-




Ubat antibiotik "broad spectrum"

Ubat antibiotik "broad spectrum" yang perlu ada di kandang ternakan..Boleh digunakan untuk pelbagai jenis penyakit seperti radang paru-paru, selsema, batuk, masalah dalaman yang tak dapat dikenal pasti dan pelbagai jenis penyakit lagi...Penggunaannya dengan cara suntikan di otot dan juga di bawah kulit..Kebiasaan diberikan dengan nisbah 1 ml untuk 10 kilogram.




Dectomex (Doramex)

Lebih dikenali dengan ubat 3 serangkai..Mujarab untuk penyakit cacing, kurap dan juga kutu yang terdapat kepada ternakan..Ianya digunakan dengan cara suntikan juga samada di otot atau daging dan juga di bawah kulit..Nisbah penggunaannya biasanya 1ml-2ml untuk kambing


Pink Eye Spray

Digunakan untuk merawat mata ternakan yang bermasalah..Penggunaanya ialah dengan cara semburan di mata ternakan dan kekerapan bergantung kepada penyakit tersebut..Biasanya digunakan kepada kambing yang mengalami masalah mata seperti kekaburan, keputihan mata, mata tak boleh buka dan macam-macam lagi masalah yang melibatkan mata..



Iodine Spray

Digunakan untuk ternakan yang mengalami luka dan juga pendarahan luaran..Boleh juga digunakan untuk menghindar dan juga membunuh ulat lalat (maggot)..Biasa digunakan sebagai rawatan awal bagi mengelakkan luka tersebut menjadi lebih teruk akibat maggot..Penggunaan dengan cara semburan ke tempat yang luka dan kekerapan bergantung kepada luka tersebut




Neo-Tm
Kuasa tambahan hasil campuran terramycin dan neomycin,,bersama dengan 8 jenis vitamin adalah sesuai untuk rawatan dan pencegahan penyakit system pernafasan,,cirit birit,keadaan tegang dan lain2..biasa digunakan apabila binatang tersebut di berpindah kandang@tempat,,

Sunday, June 14, 2009

ISTIMEWA DENGAN HARGA MAMPU MILIK???

Fullblood Does Harga Dari RM2100 nego..! * Dorper Ewes Stud Harga Dari RM2500
* Dorper Ewes Cross Harga Dari RM1500
Young Buck Stud Bloodline
Snake/Fairfax Harga Dari RM1700
Fullblood Buck Registed Harga Dari RM2500 nego..!* Dorper Stud Harga Dari RM3300 * Dorper Ram Harga Dari RM2600/F2 Harga F1Dari RM730 nego..!
F3/F4 Harga Dari RM950 nego..!

F5/F6 Harga Dari RM1050 nego..!Stud Buck Snake/Fair-fax Bloodline 8-12 Bulan RM3100

Wednesday, June 3, 2009

MEH2 LA KITE LEK2 NGOK BARANG BEK CKET JERR...

,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,beri la komen pas ngok pic ni hrge leh runding murah2 jerr...
mcm ni hrga permulaan Rm120.00
agak ok ke x nie..

Thursday, April 16, 2009

KELEBIHAN KAMBING SAANEN



Kambing Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland. Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular. Secara am nya ia sejenis haiwan yang tenang , tidak mudah teruja (placid nature). Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).Tompok hitam mungkin terdapat dikulit telinga, hidung dan labu susu. Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan. Tanduk didapati pada jantan dan betina dengan kekacang dileher. Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.
Berat lahir adalah
3.0 kg (Jantan) dan 3.3 kg (Betina)
sementara berat dewasa 68-91 kg (Jantan) dan 36-63 (Betina).
Tinggi yang ideal untuk Doe adalah 81 sm dengan berat lebih kurang 61 kg, manakala Buck, 94 sm dan berat 81 kg. Pengeluaran susu dibawah pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 2- 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.
KHASIAT SUSU KAMBING
Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:
a. Penyakit deman kuning.
b. Penyakit lemah jantung.
c. penyakit darah tinggi/pening2.
d. Penyakit sendi sendi dan buah pinggang.
e. Penyakit batuk kering.
f. Penyakit yang menyerang jantung,limpa dan hati.
g. Penyakit saraf yang dialami bila usia semakin lanjut.
h. Cukup bermenafaat bagi mereka mereka yang mengalami lemah tenaga batin.
i. Sesuai diminum siwaktu pagi dan malam saebelum tidur.
Biasanya penternak penternak memerah susu diwaktu pagi selepas memberi makanan dan membersihkan kandang. Susu susu yang diperah tadi dimasokkan dalam botol pelastik yang telah di sediakan. Susu yang telah dibotolkan secara manual dijual dengan kadar RM 12.00 hingga RM 14.00 sekilo. Pendapatan sebegini sudah cukup untuk menampung kos pembelian makanan dedak dan hampas soya.
Ciri-ciri Saanen
Berat Lahir Berat Dewasa
Jantan 3.0 kg Jantan 68-91 kg
Betina 3.3 kg Betina 36-63 kg
Berbulunya pendek berwarna putih atau krim dengan titikhitam di hidung, telinga dan di kelenjar susu.
Hidungnya lurus ,muka berupa segitiga.
Telinganya sederhana dan tegak ke sebelah dan ke depan.
Ekornya tipis dan pendek.
Tanduk pada kedua jantina
Kekacang di leher

Saturday, April 11, 2009

LINE BREADING:
Pembiakan di antara subspesis yang sama..Contohnya boer dengan boer

CROSS BREADING:
Pembiakan di antara subspesis yang berlainan..Contonya boer dengan kambing kampong,,jamnapari atau saanen dll.

INBREADING:
Pembiakan di dalam keluarga yang sama..Contohnya pejantan dengan anak betina atau di antara adik-beradik.

Thursday, April 9, 2009

TERMA FULL BLOOD, PURE BRED DAN KACUKAN

Berdasarkan piawaian baka oleh Boer Goat Breeder`s Association of South Afrika, cirri-ciri boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/ merah di bahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan..Boer adalah binatang yang kuat Dn mantap, konformasi badan yang baik..kakinya pendek, tegap, berotot.. Ianya jelas menggambarkan cirri-ciri kambing daging yang baik..

Sementara TERMA ANTARA FULL BLOOD, PURE BLOOD, KACUKAN

Full Blood:
Merujuk kepada haiwan yang 1o0% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain..Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan-badan/institusi yang diiktiraf..Ciri-ciri fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan samada kambing yang dipilih adalah benar-benar “Full Blood”….

Pure-Bred:
Merujuk kepada haiwan yang mempunyai lebih 85% darah dari baka tulen..Masih mengekalkan kebanyakan cirri-ciri fizikal dari baka tulen..Amat sukar untuk membezakan antara baka FULL BLOOD dan PURE-BRED tetapi cirri-ciri seperti warna bulu, lengkungan tanduk telinga boleh digunakan untuk membezakan….

Kacukan:
Kedua-dua cirri dari induk jantan dan betina berlainan baka dapat dilihat pada anak yang lahir
Maklumat lanjut tentang pendarahan Boer adalah seperti berikut:-

F1 mengandungi 5o% pendarahan boer
F2 mengandungi 75% pendarahan boer
F3 mengandungi 87.5% pendarahan boer
F4 mengandungi 93.75% pendarahan boer
F5 mengandungi 96.87% pendarahan boer

Saturday, April 4, 2009

CIRI-CIRI AGLO NUBIAN

Aglo nubian doe


Aglo nubian buck

Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.
Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah.
Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm.
Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek.
Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut

Berat lahir.........jantan 3.5kg..........betina3.9kg

Berat dewasa....jantan 70-85kg.....betina 55-70kg

Friday, April 3, 2009

TIP MENGETAHUI UMUR KAMBING

Pada umur muda, gigi yang tumbuh adalah gigi susu, gigi susu ini kecil dan agak tajam serta tumbuh agak renggang.Pada umur semakin dewasa gigi susu akan tanggal, lalu diganti dengan gigi tetap.Pengantian gigi tetap ini lah yang menjadi panduan untuk menduga umur kambing. Pada usia yang sudah tua kehausan gigi menjadi ukuran dasar menduga umur kambing.

Untuk membantu anda menduga umur kambing, gunalah daftar dibawah:-

1. Belum ada gigi tetap - kurang dari 1 tahun2.
Ada sepasang gigi tetap - 1 - 2 tahun3.
Ada 2 pasang gigi tetap - 2 - 3 tahun4.
Ada 3 pasang gigi tetap - 3 - 4 tahun5.
Ada 4 pasang gigi tetap - 4 - 5 tahun6.
Gigi tetap haus - 5 tahun keatas

Monday, March 30, 2009

BEBERAPA JENIS KAMBING

Boer- Sangat popular! Harganya mahal setanding dengan kualiti.Dagingnya dikatakan antara yang terbaik dari kalangan breed kambing. Mempunyai tahap pembesaran yang tinggi dan tahap tahan sakit yang baik. Feral- Kambing yang asalnya di bawa oleh penjelajah ke Australia dan kemudiannya menjadi kambing liar di sana.Induknya juga menjadi pilihan untuk dikawinkan dengan pejantan Boer. Kambing ini selalunya diimport ke malaysia dibawah protokol sembelihan. Harganya tidak mahal dan ianya adalah popular sebagai haiwan untuk Aqiqah dan Korban. Kambing Feral agak liar untuk diternak kecuali jika sudah di kahwin campur dengan breed lain. Mungkin kerana genetik survival skill dikawasan liar,Induk Boer+Feral mempunyai naluri keibuan yang baik untuk penjagaan anak-anak
Anglo Nubian - Boleh dijumpai diternak Malaysia. Induknya adalah alternatif yang bagus untuk dikawinkan dengan pejantan Boer kerana rangkanya yang besar. Harga tidak semahal Boer dan Jamnapari. Kambing ini adalah hasil kacukan kambing dari Mesir dan Kambing dari England oleh penternak British di masa lampau.
British Alpine- ada diternak di Malaysia tetapi tidak begitu popular.
Jamnapari- berasal dari Tanah Indus dan kemudiannya dibiakkan dengan jayanya di Indonesia.Menjadi popular di Malaysia. Mempunyai tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit di Malaysia. Diberitakan ada yang memelihara Jamnapari sebagai haiwan peliharaan. Induknya menjadi altrnatif untuk dikawinkan dengan Boer kerana rangkanya yang besar. Induknya juga ada dikawinkan dengan pejantan Saanen untuk menghasilkan kambing susu.
Kampung- Ini adalah kambing tempatan kita. Kambing Kampung masih tetap dipelihara disebalik kemasukan baka asing yang semakin banyak. Tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran (dah lama tinggal kat Malaysia kambing ni, kalau tak tahan penyakit jugak tak tau la).Setakat ini tak ada dengar lagi cerita orang yang bela kambing kampung sebagai pet. Tahap pembesaran agak rendah. Anak-anak hasil kawin dengan pejantan boer mungkin mempunyai berat lahir yang agak tinggi berbanding dengan kambing kampung biasa, tetapi tahap pembesaran masih rendah berbanding kambing boer. Kambing ini masih mempunyai pasaran yang tersendiri.
Kiko- Tak pernah jumpa Di Malaysia. Diternak dan dibiakkan di New Zealand pada awalnya dan kemudian menjadi agak popular di Amerika

LAGI2 TENTANG DOTPERS??????????????

Stud ObjectivesPejantanan Dorper (Ram)
Kejantan yang gagah
Bentuk badan yg. kukuh dan sasa
Muscled yang kuat
Awal matang
Ketabahan dan beradaptasi dengan kondisi basah dan kering amat sesuai di pelihara biak di Malaysia
Indok Dorper (Ewes)
Indok yang feminine Para ibu yang memberi perlindungan yang baik pada anaknya.
Panjang kehidupan reproduksi Kualiti susu yang baik
Kesuburan Anak Dorpers (Lambs)
Anak dorper yang kuat
Tahan lasak untuk terus hidup
Awal mengenali tumbuhan hijau sebagai bahan makanan
Dapat bertahan walau dalam kondisi yg. kering
Awal matang
Anak dorper Prime
Dressing berat lebih 50%
Daging yang lembut
Kadar lemak yang rendah
Quality kulit yg bermutu
Amat mudah stabil dengan persekitaran barunya.
Mudah untuk cara feedlots atau bebas.

Wednesday, March 25, 2009

KENALI DORPERS

Salam,,ini dia cerita serba sedikit tentang dorpers & white dorpers - stud and comersial


Dorper biri-biri pedaging yang cepat berkembang biak. Dorper yang merupakan binatang yang mudah diternak selain daging Dorpers juga menghasilkan kapas dari wool yang ada pada akhir musim bunga ke musim panas. Ia berkembang biak di Afrika Selatan dan sekarang kedua paling popular di Negara tersebut.
Dorper dapat berkembang biak dengan baik walaupun hidup di wilayah yang gersang di Afrika Selatan. Dorper memiliki kesuburan tinggi dan ibu baik, dikombinasikan dengan tingkat pertumbuhan tinggi serta tabah. Dorper yang memiliki kepala hitam di kelaskan sebagi “Dorper” sementara yang berkepala putih di kelaskan sebagai “White Dorper”.


Sejarah Dorper ia berkembang biak dan dikembangkan di Afrika Selatan pada 1930 dari kacukan biri-biri berkepala hitam dengan Persia ewes dengan Dorset Horn ram. Dengan takdir Allah terhasilah biri-biri yg. bergelar Dorper yg dapat menghasilkan carcass berkuliti dan bermutu tinggi di bawah kondisi yang ekstensif. Persia berkepala hitam yang telah dipilih dan amat sesuai dengan daya ketahanan yg. tinggi, ketabahan dan kemampuan sebagai ibu yg. baik. Dorset Horn yang telah dipilih untuk pertumbuhan cepat dan harga carcass bernilai serta bermutu. Breeding program yang dihasilkan dalam pembiakan dorpers berkepala hitam dan putih mempercepatkan pembanguan dorper.Kini dorper menjadai angka kedua terbesar di Afrika Selatan. Dorper akhirnya diperkenalkan ke Australia pada tahun 1996 dan memiliki potensi untuk dikembangkan untuk pasaran daging tempatan serta sebagi bahan eksport ke negara lain am Nya.

Sunday, March 22, 2009

CEPAT2 REBUT PELUANG KEEMASAN,,,,,,TIDAKKAH ANDA MENGINGINKAN HASIL YANG LUMAYAN SETIAP BULAN Andakah anda tidak ingin memiliki hasil tanaman yang memuaskan kami di sini telah membuat beberapa penyelidikan tentang masalah lade cili….masalah kenapa pokok cili selalunya kerinting & hasil yang tidak memuaskan..di sini kami juga akan memberi beberapa tips untuk mendapat hasil tanaman kontan yang memuaskan..
TANPA PERLU MENGELUARKAN MODAL YANG BANYAK
KAMI MENYEDIAKAN HARGA PROMOSI BAGI SESIAPA YANG BERMINAT….
PAKEJ > 1 RM25.00
Untuk 4 pokok-(benih lade+medium campuran+baje organik+EM)
PAKEJ > 2 RM250.00
Untuk 40 pokok-(benih lade+medium campuran+baje organik+EM+poly bag)
PAKEJ > 3 RM550.00
Untuk 100 pokok-(benih lade+medium campuran+baje organik+EM+poly bag+ubat)
TETAPI JIKA ANDA INGIN MENANAM 500 POKOK KE ATAS
ANDA AKAN DAPAT HARGA YANG PASTI MEMUASKAN HATI….
1 POKOK HANYA > RM 4.OO
(benih lade+medium campuran+baje organik+EM+poly bag+ubat)

KOS TERENDAH+HASIL MEMUASKAN

Tuesday, March 10, 2009

KeNaLi KaMbInG BoEr

Beberapa tips untuk mengenali boer terbaik sebagai ternakan kita.
Boer Fullblood
FB ini adalah kambing boer yang dibawa daripada Afrika Selatan berbadan tegap. Warna kambing boer tulen keseluruhan kemerah-merahan atau hampir hitam.


Feral
Feral Kambing liar Australia. Petani di sana menangkapnya disekitar hutan dan menjualnya keseluruh dunia, termasok Malaysia.
Boer F1
Boer FB jantan yang di kacukkan dengan kambing feral betina yang berwarna putih. Menghasilkan boer F1. Berwarna putih keseluruhan dan bentuk badan masih bercirikan feral.

Boer F2
Boer FB dikacukkan denga boer F1 menghasilkan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat tetapi agak kabur warnanya. Bentuk badannya juga masih kurang ciri-ciri boer yang berkualiti
Boer F3
Boer F3 adalah kacukan antara boer FB dengan boer F2. Ciri-ciri utamanya ialah kepala berwarna coklat kemerah-merahan. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB. Kualitinya
sangat baik dan banyak dibawa masuk ke Malaysia.
Boer F4
Begitu juga boer F4. Ia juga merupakan kacukan antara boer FB dengan F3. Kepalanya berwarna coklat lebih gelap berbanding boer F3. Keseluruhan kepalanya coklat kemerah-merahan dan kehitam-hitaman. Bentuk badan menyerupai kambing boer FB juga. Boer F5 -F7
Boer F5-F7 juga di kenali sebagai Boer Purebreed Kacukan ini memperlihatkan pengaruh gen boer yang kuat.
Secara keseluruhannya, kelihatan boer purebreed hampir sama dengan boer FB. Cuma terdapat tompok-tompok putih atau tompok-tompok coklat di badannya. Warna coklat kemerah-merahan bukan hanya terdapat di kepala tetapi turut terdapat di badan. Boer generasi ini juga sangat berkualiti untuk dijadikan baka (pejantan).

Saturday, March 7, 2009

DAGING KAMBING PEMBAWA DARAH TINGGI?????


Ramai yang mempercayai daging kambing berkolestrol tinggi...Dipercayai juga,sesiapa yang makan daging kambing boleh menyebabkan sakit kepala disebabkan```DARAH TINGGI```naik.(terutamanya orang melayu)
REALITINYA>
Menurut kajian,penggunaan daging kambing seluruh dunia adalah paling tinggi iaitu 64% berbanding penggunaan sumber daging yang lain...Jika diperhatikan di pasaraya tempatan,daging kambing adalah yang paling mahal harganya iaitu RM35 sekilo kerana permintaan yang tinggi,yang merupakan salah satu faktornya..(daging biri-biri RM25 sekilo)

Thursday, February 26, 2009

Penternakan & pertanian adalah perniagaaN???



  • jadi, kenapa masih ragu-ragu untuk menternak kambing dan bertani???

  • Jadi, kenapa masih berfikiran negatif untuk memulakan??

  • KITALAH YANG PERLU MENGGUBAH PERSEPSI INI

  • Berapa banyakkah makanan diperlukan oleh seekor kambing dalam 1 hari?? Pemberian pallet (kosentrat) kepada kambing haruslah secara efektif dan terancang supaya tidak berlaku pembaziran. oleh itu, untuk imformasi dan kebaikkan semua, pemberian pallet harus diberi sebanyak 2% atau 3% daripada berat badan kambing. Contonya, purata berat badan kambing Boer 40kg, maka pemberian pallet sebanyak 0.8kg atau 1.2kg untuk seekor. Manakala pemberian tumbuhan hijau seperti nappier atau daun kelapa sawit haruslah diberi sebanyak 10% daripada berat badan kambing. Tumbuhan hijau adalah serat yang penting bagi penghadaman kambing. pallet pula penting untuk penggemukkan kambing.selain zat dan vitamin yang terdapat di dalam kedua-dua jenis makanan ini..disamping itu bagi penternak di Malaysia garam jilat juga penting untuk memberikan kambing tersebut mineral. Oleh itu, saudara perlu memberi makanan ini secara optimum, supaya pembesaran dan kesihatan ternakan tidak terjejas, selain disebabkan pallet yang semakin mahal!!! perlu diigatkan kepada penternak, bahawa pemberian pallet mestilah disebelah pagi dan pemberian serat/tumbuhan hijau di sebelah petang. Jika tidak, proses penghadaman kambing kurang agak kurang baik. Ini boleh dibuktikan dengan tinja yang dikeluarkan agak cair dan lembab. Sedangkan, tinja yang bulat dan kering membuktikan penghadaman kambing dalam keadaan baik..

  • Pada pandangan saya pemberian pallet ni paling baik jika kite berikan hanya pada waktu2 tertentu sahaja..Iaitu waktu hujan,ketiadaan rumput dan dalam keadaan kambing itu sakit..
    Garam jilat


  • garam jilat digantung di dalam kandang,bagi memudahkan kambing-kambing menjilatnya apabila kelaparan..

    garam ini cukup penting bagi memberikan mineral yang mencukupi kepada ternakan terutamanya bagi mengatasi masalah kekurangan galian terutama yang berkuantiti kecil


    kekurangan galian akan melambatkan pertumbuhan badan dan menganggu fungsi pembiakkan dan ketahanan badan ternakan..kami juga ada memjual garam blok berkalsium tinggi+vifosmin tanpa filler (tiada habuk kayu dan benda2 yang tiada zat untuk ternakan)



















MuMMB,,,multi urea molases block
>mummb ini mempunyai sumber nutrient yang lengkap untuk ternakan,dan juga untuk memulihkan tenaga dan selera makan ternakan yang baru melahirkan anak dan yang bermasalah
> dan garam yang mengandungi kalsium tinggi dan campuran degan vifosmin..kami menghasilkan garam blok untuk lembu juga..


Molases yang kami jual adalah 100% asli tanpa campuran.. dan kadar kelikatan yang pekat...

Saturday, February 21, 2009

hasil dari tinja haiwan



TAHUKAH ANDA KTE BOLEH MENDAPAT 2 HASIL BILE MENTERNAK


Baja najis kambing,
Purata 1ekor kambing boleh menghasilkan 1kg tinja 1 hari, ini kerana, kambing hampir mengeluarkan hampir 100% makanan yang telah dihadam dalam bentuk tinja..Andaikan anda mempunyai 50ekor kambing, maka dalam 1hari anda sudah ada 50kg baja organik. jika andasebulan? 1.5tan baja organik..dengan secara tak lansung anda tidak perlu membeli baja lagi hehehe...




hasil daripada tinja haiwan yg sudah pokok lada cili ini baru berusia 4 bulan
jika anda ingin mendapatkan hasil tanaman yg orait anda boleh hantarkan masalah pokok anda mungkin kami boleh membantu
di sini juga kami menjual anak pokok lada cili setinggi 3 inci & ubat penjagaan masaalah kerinting