southbreed_86@yahoo.com



Saturday, April 4, 2009

CIRI-CIRI AGLO NUBIAN

Aglo nubian doe


Aglo nubian buck

Tahan lasak dan mudah sesuai dengan alam sekitar.
Dwiguna-daging/pengeluaran susu .
Berbadan besar, telinga panjang dan melampai ke bawah.
Hidung melengkung ke bawah dan kaki yang panjang dengan purata ketinggian badannya 80 cm.
Kebiasaannya tidak mempunyai tanduk, bulu badan yang pendek.
Bulu coklat kemerahan tompok-tompok kemerahan seperti warna rusa, coklat putih, warna gelap atau kombinasi warna-warna tersebut

Berat lahir.........jantan 3.5kg..........betina3.9kg

Berat dewasa....jantan 70-85kg.....betina 55-70kg

Friday, April 3, 2009

TIP MENGETAHUI UMUR KAMBING

Pada umur muda, gigi yang tumbuh adalah gigi susu, gigi susu ini kecil dan agak tajam serta tumbuh agak renggang.Pada umur semakin dewasa gigi susu akan tanggal, lalu diganti dengan gigi tetap.Pengantian gigi tetap ini lah yang menjadi panduan untuk menduga umur kambing. Pada usia yang sudah tua kehausan gigi menjadi ukuran dasar menduga umur kambing.

Untuk membantu anda menduga umur kambing, gunalah daftar dibawah:-

1. Belum ada gigi tetap - kurang dari 1 tahun2.
Ada sepasang gigi tetap - 1 - 2 tahun3.
Ada 2 pasang gigi tetap - 2 - 3 tahun4.
Ada 3 pasang gigi tetap - 3 - 4 tahun5.
Ada 4 pasang gigi tetap - 4 - 5 tahun6.
Gigi tetap haus - 5 tahun keatas

Monday, March 30, 2009

BEBERAPA JENIS KAMBING

Boer- Sangat popular! Harganya mahal setanding dengan kualiti.Dagingnya dikatakan antara yang terbaik dari kalangan breed kambing. Mempunyai tahap pembesaran yang tinggi dan tahap tahan sakit yang baik. Feral- Kambing yang asalnya di bawa oleh penjelajah ke Australia dan kemudiannya menjadi kambing liar di sana.Induknya juga menjadi pilihan untuk dikawinkan dengan pejantan Boer. Kambing ini selalunya diimport ke malaysia dibawah protokol sembelihan. Harganya tidak mahal dan ianya adalah popular sebagai haiwan untuk Aqiqah dan Korban. Kambing Feral agak liar untuk diternak kecuali jika sudah di kahwin campur dengan breed lain. Mungkin kerana genetik survival skill dikawasan liar,Induk Boer+Feral mempunyai naluri keibuan yang baik untuk penjagaan anak-anak
Anglo Nubian - Boleh dijumpai diternak Malaysia. Induknya adalah alternatif yang bagus untuk dikawinkan dengan pejantan Boer kerana rangkanya yang besar. Harga tidak semahal Boer dan Jamnapari. Kambing ini adalah hasil kacukan kambing dari Mesir dan Kambing dari England oleh penternak British di masa lampau.
British Alpine- ada diternak di Malaysia tetapi tidak begitu popular.
Jamnapari- berasal dari Tanah Indus dan kemudiannya dibiakkan dengan jayanya di Indonesia.Menjadi popular di Malaysia. Mempunyai tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit di Malaysia. Diberitakan ada yang memelihara Jamnapari sebagai haiwan peliharaan. Induknya menjadi altrnatif untuk dikawinkan dengan Boer kerana rangkanya yang besar. Induknya juga ada dikawinkan dengan pejantan Saanen untuk menghasilkan kambing susu.
Kampung- Ini adalah kambing tempatan kita. Kambing Kampung masih tetap dipelihara disebalik kemasukan baka asing yang semakin banyak. Tahap resistan yang tinggi terhadap penyakit dan mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran (dah lama tinggal kat Malaysia kambing ni, kalau tak tahan penyakit jugak tak tau la).Setakat ini tak ada dengar lagi cerita orang yang bela kambing kampung sebagai pet. Tahap pembesaran agak rendah. Anak-anak hasil kawin dengan pejantan boer mungkin mempunyai berat lahir yang agak tinggi berbanding dengan kambing kampung biasa, tetapi tahap pembesaran masih rendah berbanding kambing boer. Kambing ini masih mempunyai pasaran yang tersendiri.
Kiko- Tak pernah jumpa Di Malaysia. Diternak dan dibiakkan di New Zealand pada awalnya dan kemudian menjadi agak popular di Amerika

LAGI2 TENTANG DOTPERS??????????????

Stud ObjectivesPejantanan Dorper (Ram)
Kejantan yang gagah
Bentuk badan yg. kukuh dan sasa
Muscled yang kuat
Awal matang
Ketabahan dan beradaptasi dengan kondisi basah dan kering amat sesuai di pelihara biak di Malaysia
Indok Dorper (Ewes)
Indok yang feminine Para ibu yang memberi perlindungan yang baik pada anaknya.
Panjang kehidupan reproduksi Kualiti susu yang baik
Kesuburan Anak Dorpers (Lambs)
Anak dorper yang kuat
Tahan lasak untuk terus hidup
Awal mengenali tumbuhan hijau sebagai bahan makanan
Dapat bertahan walau dalam kondisi yg. kering
Awal matang
Anak dorper Prime
Dressing berat lebih 50%
Daging yang lembut
Kadar lemak yang rendah
Quality kulit yg bermutu
Amat mudah stabil dengan persekitaran barunya.
Mudah untuk cara feedlots atau bebas.