southbreed_86@yahoo.com



Saturday, April 11, 2009

LINE BREADING:
Pembiakan di antara subspesis yang sama..Contohnya boer dengan boer

CROSS BREADING:
Pembiakan di antara subspesis yang berlainan..Contonya boer dengan kambing kampong,,jamnapari atau saanen dll.

INBREADING:
Pembiakan di dalam keluarga yang sama..Contohnya pejantan dengan anak betina atau di antara adik-beradik.

Thursday, April 9, 2009

TERMA FULL BLOOD, PURE BRED DAN KACUKAN

Berdasarkan piawaian baka oleh Boer Goat Breeder`s Association of South Afrika, cirri-ciri boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/ merah di bahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan..Boer adalah binatang yang kuat Dn mantap, konformasi badan yang baik..kakinya pendek, tegap, berotot.. Ianya jelas menggambarkan cirri-ciri kambing daging yang baik..

Sementara TERMA ANTARA FULL BLOOD, PURE BLOOD, KACUKAN

Full Blood:
Merujuk kepada haiwan yang 1o0% baka tulen tanpa ada kacukan dengan baka lain..Ini boleh dibuktikan dengan sijil kelahiran/pedigree daripada badan-badan/institusi yang diiktiraf..Ciri-ciri fizikal juga dapat digunakan untuk memastikan samada kambing yang dipilih adalah benar-benar “Full Blood”….

Pure-Bred:
Merujuk kepada haiwan yang mempunyai lebih 85% darah dari baka tulen..Masih mengekalkan kebanyakan cirri-ciri fizikal dari baka tulen..Amat sukar untuk membezakan antara baka FULL BLOOD dan PURE-BRED tetapi cirri-ciri seperti warna bulu, lengkungan tanduk telinga boleh digunakan untuk membezakan….

Kacukan:
Kedua-dua cirri dari induk jantan dan betina berlainan baka dapat dilihat pada anak yang lahir
Maklumat lanjut tentang pendarahan Boer adalah seperti berikut:-

F1 mengandungi 5o% pendarahan boer
F2 mengandungi 75% pendarahan boer
F3 mengandungi 87.5% pendarahan boer
F4 mengandungi 93.75% pendarahan boer
F5 mengandungi 96.87% pendarahan boer